Bajet 2018, Harap Agensi Di Bawah KDN Diutamakan

PUTRAJAYA - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap Bajet 2018 diberi keutamaan terhadap kepolisan moden, kebajikan pegawai dan anggota agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Timbalan Perdana Menteri berkata, aset dan perkakasan pihak berkuasa perlu ditingkatkan seiring cabaran semasa terutama dalam membanteras jenayah siber dan judi dalam talian.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, Bajet 2018 yang dibentangkan Jumaat ini, turut memberi keutamaan pada perbelanjaan operasi agensi di bawah kementerian itu.

Ini termasuk meningkat dan menambahbaik kemudahan untuk pegawai dan anggotanya.

"Kami mahu kuarters anggota polis dipertingkatkan dan menambahbaik kemudahan sedia ada termasuk isu berkaitan kekurangan belanja operasi," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan KDN, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, beliau mencadangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya kos pengambilan pembantu rumah dikurangkan.

Katanya, beliau juga berharap prosedur dan peraturan baharu berkaitan pengambilan pembantu rumah dapat mengurangkan beban pegawai kerajaan terutama yang memerlukan khidmat bagi sektor itu.

-Berita Harian

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi