TPM pengerusikan Mesyuarat Lembaga Penasihat ESSZONE


LAHAD DATU - Timbalan Perdana Menteri tiba di Ibu Pejabat Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), di sini, pagi ini bagi mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Penasihat Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba pada kira-kira jam 10 pagi tadi dengan diiringi Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Apdal dan Komander ESSCOM, Datuk Hazani Ghazali.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim; Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin; Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri T Subromaniam dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman; Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, Noor Alam Khan Abdul Wahid Khan; Pengarah MKN Sabah, Datuk Rodzi Md Saad; dan Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sabah dan Labuan, Mohd Zubil Mat Som.

Selepas mesyuarat, Ahmad Zahid dijadualkan melawat Pusat Operasi ESSCOM sebelum ke Markas Pasukan Gerakan Am (PGA) Lahad Datu di Jalan Silam, petang nanti.

-Berita Harian

Popular posts from this blog

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada