Najib, TPM Doakan Kejayaan Calon UPSR

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak mengucapkan selamat maju jaya kepada murid Tahun Enam di seluruh negara yang akan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), pagi ini.

Perdana Menteri turut mendoakan semua murid supaya melakukan yang terbaik dalam peperiksaan itu.

"Selamat maju jaya kepada semua murid yang akan menduduki peperiksaan #UPSR bermula esok. Do your best!," katanya menerusi laman Twitter rasminya, malam ini.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menerusi Twitter rasminya, turut senada mengucapkan selamat berjaya kepada calon UPSR.

"Selamat Maju Jaya Buat Anak2 Yang Akan Menduduki Peperiksaan," katanya.

Seramai 443,794 calon akan menduduki UPSR, tahun ini membabitkan 8,085 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Daripada jumlah berkenaan, 433,536 adalah calon dari sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manakala baki 10,258 calon sekolah swasta.

Tempoh peperiksaan bermula hari ini, 12, 13, 14 dan 18 September.

-Berita Harian

Popular posts from this blog

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada