Ahmad Zahid Terima Kunjugan Imam Masjid An-Nabawi

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerima kunjungan Imam Masjid An-Nabawi Madinah, Al-Syeikh Dr Abdul Muhsin Muhammad Al-Qasim, yang sedang melakukan lawatan seminggu ke negara ini.

Dalam pertemuan selama 20 minit di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, mereka membincangkan perkara berkaitan mengukuhkan hubungan Malaysia dengan Arab Saudi.

Bercakap kepada pemberita, Ahmad Zahid berkata antara perkara yang dibincangkan termasuk hubungan para ulama di Malaysia dan Arab Saudi, selain isu keganasan serta penyelewengan hadis.

Popular posts from this blog

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada