Kaedah Penyampaian Kena Ikut Segmen Rakyat

Datuk Seri Dr Ahmad Zhaid Hamidi berkata kaedah penyampaian maklumat dan perkhidmatan kerajaan perlu berbeza mengikut segmen khalayak sasaran.
Timbalan Perdana Menteri berkata sebarang dasar kerajaan yang disampaikan dengan pendekatan yang sama kepada semua rakyat tidak akan mencapai matlamat yang dikhendaki.
Beliau berkata setiap segmen masyarakat mempunyai tahap kefahaman yang berbeza dan oleh itu jika menggunakan cara yang salah atau kaedah yang sama, maka ia akan menemukan kegagalan.
"Ini adalah antara perkara yang perlu dipelajari peserta program Felo Perdana yang diberi peluang menjadi pelatih kepada perdana menteri, timbalan perdana menteri dan menteri Kabinet," katanya pada majlis jamuan malam bersama 60 peserta program Felo Perdana di sini malam ini.
Katanya pengalaman sebagai peserta Felo Perdana wajar dimanfaatkan dengan sebaik mungkin walaupun pada masa hadapan mereka tidak memilih untuk berkhidmat dengan kerajaan.
Bagi yang berhasrat menyertai sektor awam, Ahmad Zahid berkata kerajaan menerima kepelbagaian dalam latar belakang pegawai supaya mereka dapat membawa input berbeza dalam sistem penyampaian kerajaan.
Beliau memberikan contoh Tan Sri Hashim Aman, yang pernah menjawat jawatan Ketua Setiausaha Negara mempunyai ijazah dalam bidang fizik.
"Saya juga mempunyai seorang setiausaha sulit yang berkelulusan dalam bidang ekonomi dan dia juga hafaz Al-Quran.
"Dia adalah pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pertama yang hafaz Al-Quran," katanya.

Popular posts from this blog

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada