Tak perlu gopoh tindakan terhadap Muhyiddin

Sebarang tindakan yang diambil terhadap Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin jika ada sekalipun mesti dilakukan tanpa perlu tergopoh-gapah.
Demikian reaksi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai mengulas sama ada bekas Timbalan Perdana Menteri itu bakal dikenakan tindakan termasuk pemecatan oleh partinya.
"Ibu pejabat parti ada aspek yang dikemukakan kepada sesiapa yang melanggar parti dan etika, ..saya fikir ia tidak perlulah tergopoh gapah.
"Saya mendengar suara akar umbi. Bukan kami mahu supaya tindakan itu dilakukan, tetapi kami rasakan beberapa perkiraan perlu diberikan keutamaan" katanya pada sidang media harian sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015, di sini, hari ini.
Yang hadir sama, seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Ramai meramalkan nasib Muhyiddin akan ditentukan dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) malam ini, bagaimanapun Zahid lebih awal memaklumkan tiada agenda sedemikian dibawa. Semalam, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata Muhyiddin boleh dikenakan tindakan jika Lembaga Displin parti itu memutuskan ucapannya dalam satu program di Kampung Baru kelmarin mengandungi intipati yang menjejas dan mencemarkan parti.
Satu jawatankuasa sekretariat ibu pejabat UMNO juga akan ditubuhkan bagi meneliti setiap ucapan Muhyiddin serta bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ia dibawa bagi rujukan Lembaga Disiplin. -BH

Popular posts from this blog

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada