Muhyiddin pilih bela diri di gelanggang terbuka



Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyangkal dakwaan bahawa UMNO tidak memberi peluang kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membela diri.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, ruang dan peluang itu sudah pun digunakan terlebih dahulu oleh pemimpin berkenaan di gelanggang terbuka.
"Bukan tiada peluang. Tapi ia dah digunakan terlebih dahulu di ruang lebih terbuka. Keputusan malam tadi (Mesyuarat Majlis Tertinggi) mungkin mengguris perasan dan emosi beliau (Muhyiddin).

"Tapi hari ini saya lihat kemarahan itu sudah tidak ada. Sebenarnya, parti lebih penting daripada kita. Forum sebesar ini sebenarnya apa yang lebih penting adalah bagaimana kita membawa diri," katanya pada sidang media harian sempena Perhimpunan Agung UMNO ke-69 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi.

Mesyuarat MT malam tadi memutuskan hanya Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak sahaja yang berucap pada sesi penggulungan perhimpunan pada kali ini.

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi