Zahid Rasmi Ruang Pameran Agensi Bawah KDN Di PAU 2015

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini merasmikan ruang pameran agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 di sini.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, disambut oleh Timbalan Menteri KDN Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim.
Turut hadir pada perasmian itu ialah ketua-ketua agensi di bawah KDN.
Terdahulu dalam ucapannya, beliau, yang juga Naib Presiden UMNO mengucapkan tahniah kepada agensi-agensi di bawah kementerian itu yang terlibat dalam menjaga keselamatan sepanjang perhimpunan kali ini.
Ahmad Zahid meluangkan masa kira-kira 20 minit melawat ruang pameran berkenaan.
Sebanyak tujuh agensi terlibat dalam pameran tersebut iaitu Polis Diraja Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Jabatan Imigresen, Percetakan Nasional Bhd dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi