OKU terap konsep Satu Usahawan, Satu Keluarga

Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) perlu menyahut seruan kerajaan yang menerapkan konsep Satu Usahawan, Satu Keluarga dengan menceburi pelbagai bidang perniagaan menggunakan bantuan pinjaman kewangan daripada mana-mana institusi berkaitan.
Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Tan Sri Ali Rustam, berkata saranan kerajaan itu bersesuaian terutama kepada golongan OKU penglihatan memulakan perniagaan dengan mendapatkan bantuan pinjaman seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), MARA dan PUNB.
Katanya, pihak PUNB juga sedia mempertimbangkan untuk memberikan bantuan kewangan sama ada secara 'one-off' atau pinjaman kepada golongan terbabit yang berminat memulakan langkah pertama dalam perniagaan.
"Saya menyokong penuh saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi supaya menerapkan Satu Keluarga, Satu Usahawan dan konsep ini sesuai untuk OKU penglihatan yang berazam menjadi usahawan.
"Kita ada banyak institusi bantuan seperti ikhtiar (AIM), TEKUN, MARA termasuk PUNB yang saya sendiri pengerusinya. Kita sentiasa alukan semua permohonan daripada mereka (OKU)," katanya pada di sini hari ini.
Terdahulu, beliau merasmikan majlis jamuan akhir tahun, penyampaian bantuan anak sekolah, sumbangan warga emas dan sijil urut anjuran Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) peringkat negeri.
Yang turut hadir, Pengerusi SBM Melaka, Hashim Ishak
Ahmad Zahid sebelum ini menyarankan konsep 'Satu Usahawan, Satu Keluarga' diwujudkan sekurang-kurangnya seorang daripada anggota keluarga bagi menggalakkan golongan muda menceburi bidang keusahawanan yang menjadi tunggak ekonomi institusi itu.
Mohd Ali berkata, pihaknya baru sahaja menubuhkan tabung pinjaman, DMDI Finance House dengan kerjasama Perbadanan Ketua Menteri (CMI) dan sedia memberikan pinjaman sekurang-kurangnya RM5,000 bagi perniagaan secara kecil-kecilan termasuk RM5,000 bantuan secara one-off.

Popular posts from this blog

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada