MT Khas malam ini hanya bincang agenda mesyuarat RABU

Mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO malam ini hanya akan memberi fokus kepada dua agenda utama berkaitan perjalanan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 yang bermula esok.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata secara lazimnya dalam mesyuarat khas ini, Pengerusi Tetap UMNO dan timbalannya akan membentangkan mengenai laporan agung PAU.

"Datuk (Seri) Hishammuddin (Hussein) akan beri taklimat berkenaan penyelarasan jurucakap.

Saya tidak nampak ada agenda lain," katanya pada sidang media harian di sini, hari ini.

Menyentuh mengenai ketidakhadiran Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Zahid berkata, makluman yang diterimanya malam tadi memberitahu bekas Timbalan Perdana Menteri itu hadir ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), namun tidak masuk ke Dewan Merdeka.

Popular posts from this blog

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada