Zahid Hamidi Lakukan Lawatan Dua Hari Ke Sarawak Bermula Jumaat Ini

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dijadual melakukan lawatan dua hari ke Sarawak bermula hari Jumaat ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Penerangan, beliau dijangka tiba pada pukul 4.30 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK).

Dari LTAK beliau akan menghadiri sambutan Hari Raya Qurban di Masjid Al-Muttaqin di Samarahan.

Pada sebelah malam Timbalan Perdana Menteri dijadual melancarkan Festival Tanglung Kuching 2015 di Taman Persahabatan di sini.

Sambutan yang dijangka dihadiri kira-kira 2,000 orang dianjurkan bersama oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan gabungan persatuan Cina.

Pada Sabtu pula Ahmad Zahid akan menyaksikan regatta Festival Air Kuching di tebingan Kuching.

Beliau kemudian akan menghadiri dua sesi bertemu rakyat di Rh. Methew Manai Tan di Kampung Kerangas Baru, Melikin, di Kilometer 94 Jalan Kuching/Sri Aman dan Kampung Terbat Leban di Kilometer 25 Jalan Serian/Mongkos di Serian, sebelum kembali ke Kuala Lumpur pada lewat petang.

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi