Malaysia-Indonesia Selesai Masalah Secara Muhibah

Segala permasalahan antara Malaysia dan Indonesia akan diselesaikan secara muhibah antara pemimpin kedua-dua negara, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Timbalan Perdana Menteri berkata isu-isu seperti ekonomi, sempadan, jerebu dan pekerja tanpa izin dari negara jiran sentiasa dibincangkan dengan baik antara kedua-dua negara itu.



"Segala permasalahan boleh terungkai, boleh selesai menerusi perbincangan," katanya kepada pemberita di sini.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, tiba di republik ini pagi Jumaat untuk lawatan kerja selama empat hari.

Antara program beliau ialah mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden Indonesia Jusof Kalla di Istana Wakil Presiden

Popular posts from this blog

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada