TPM Rasmikan Festival Tebingan Kuching-Regata Sarawak 2015

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pagi ini merasmikan Festival Tebingan Kuching-Regata Sarawak 2015 di Tebingan Kuching di sini.

Beliau turut melepaskan peserta perlumbaan perahu panjang tradisional Sarawak yang diperkenalkan sejak era pemerintah Raja Brooke pada tahun 1872 bagi memupuk semangat setia kawan dan menghentikan pembunuhan antara suku kaum di negeri ini ketika itu.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan Menteri Pelancongan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Selain perlumbaan perahu panjang tradisional Sarawak, festival kali ini turut mempertandingkan acara perahu naga melibatkan penyertaan 25 pasukan antaranya dari Hong Kong, Indonesia, Jepun, Filipina, dan Taiwan serta pasukan tempatan dari Sabah, Pulau Pinang, Kedah dan Kuala Lumpur.

Festival dua minggu bermula 18 Sept hingga esok turut menyediakan pelbagai aktiviti sampingan termasuk pesta makanan Malaysia dan pameran kraftangan selain program hiburan tradisional.

Ahmad Zahid yang dalam rangka lawatan dua hari ke negeri ini, turut akan menghadiri dua sesi bertemu rakyat di Rumah Panjang Methew Manai Tan di Kampung Kerangas Baru, Melikin, di Kilometer 94 Jalan Kuching/Sri Aman dan Kampung Terbat Leban di Serian, dekat sini.

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi