Pembangkang kehabisan modal


Pakatan pembangkang kini sudah kehabisan modal untuk menyerang kerajaan apabila menggunakan isu lain bagi menarik perhatian umum ketika pembentangan Bajet 2016, yang dibentang hari ini.

Demikian reaksi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebagai mengulas tindakan pembangkang yang mempamerkan playkad tertera tulisan 'mana 2.6 bilion?' sejurus selesai pembentangan Bajet 2016 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, jika sebelum ini pembangkang akan mempamerkan buku belanjawan mereka dan mengemukakan Bajetnya lebih awal berbanding kerajaa, namun ia tidak diulangi tahun ini.

"Ini menunjukkan mereka tiada modal dan tidak dapat memberi input yang baik darisegi (daripada mana) perbelanjaan bajet mereka diperoleh.

"Tahun ini mereka tiada bajet. Ini jelas bajet yang mereka kemuka sebelum ini adalah bajet yang tidak berpijak di bumi yang nyata," katanya pada sidang media selepas selesai pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat, hari ini.

Malah Ahmad Zahid berkata, pembangkang yang sebelum ini mengkritik usaha kerajaan melaksana Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sejak April lalu, kini mula menerimanya dan mengakui ia memberi manfaat kepada ekonomi negara dan rakyat.

Ditanya dakwaan pemimpin pembangkang bahawa Bajet 2016 adalah belanjawan untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang kian hampir, Ahmad Zahid sambil tersenyum hanya berkata, ia sudah tentu.

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Polis, masyarakat berpisah tiada