Zahid Terima Kunjungan Hormat Menteri Imigresen Australia


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari Khamis menerima kunjungan hormat Menteri Imigresen dan Perlindungan Sempadan Australia Peter Dutton di Hotel Seri Pacific di sini.

Dalam pertemuan 30 minit itu, Dutton diiringi Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia Rod Smith.


Pertemuan itu antara lain bertujuan membincangkan isu berkaitan keselamatan dan usaha ke arah memperkukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Sebelum menerima kunjungan Dutton, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, menyampaikan ucaptama pada Dialog Keselamatan Antarabangsa Putrajaya 2015 yang berlangsung di venue sama.

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Polis, masyarakat berpisah tiada