Jangan pertikai siasatan isu 1MDB




Semua pihak harus mempercayai kemampuan pihak berkuasa serta badan perundangan negara dan jangan pertikaikan kemampuan mereka melakukan siasatan dalam isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, orang ramai terutama pemimpin Barisan Nasional (BN) pada semua peringkat, wajar berlapang dada dan berfikiran terbuka bagi membenarkan pihak berkenaan melaksanakan tugas dengan sempurna.


"Kepercayaan hendaklah diberi kepada ketua jabatan berkenaan untuk menyediakan kertas siasatan dan kertas pendakwaan mengikut kaedah perundangan sedia ada.

"Sebarang tekanan atas sifat melayani sentimen dan menuding jari tidak seharusnya menjadi sandaran sebarang saranan untuk tidak melengahkan langkah perundangan yang dilakukan," katanya pada sidang media, di sini, Jumaat.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri berterima kasih kepada semua pihak yang menyuarakan pandangan berkenaan titah Majlis Raja-Raja mengenai isu 1MDB dan menyifatkan hak untuk menyuarakan pendapat adalah asas kepada sistem demokrasi negara.

Beliau, yang juga Menteri Dalam Negeri, menegaskan jika benar hasrat sesetengah pihak mahu menyelamatkan negara dan parti (UMNO), tindakan berhemah hendaklah menjadi keutamaan supaya kumpulan bersuara minoriti tidak mengambil kesempatan untuk mengambil alih kerajaan secara tidak bermoral biarpun ia mungkin tidak menyalahi sistem perundangan.

Selaku pejuang UMNO yang setia, beliau juga percaya semua permasalahan pasti mampu diatasi dengan istiqamah dan yakin Perdana Menteri serta kerajaan sedang lakukan yang terbaik bagi memastikan program rasionalisasi 1MDB yang mendapat sokongan Kabinet dapat diselesaikan dalam tempoh enam bulan seperti mana dipersetujui.

Popular posts from this blog

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada