186,000 anggota RELA akan dikeluarkan menerusi program pemutihan

Sejumlah 186,000 daripada 3.8 juta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan dikeluarkan daripada jabatan itu menerusi program pemutihan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan berterusan yang bermula Januari lalu, bertujuan mengelakkan wujud unsur negatif termasuk masalah disiplin dan pembabitan dalam kes jenayah dalam kalangan anggota biasa dan bersekutu.


"Daripada 186,000 anggota itu, 34 orang daripada mereka didapati terbabit dalam kes jenayah yang disabit kesalahan mengikut Kanun Keseksaan.

"RELA harus lebih serius, kalau hendak tambah ahli, jabatan ini harus juga melihat kualiti anggota yang diambil.

Kualiti penting kerana kita tidak mahu kerana nila setitik rosak susu sebelanga," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemakaian Pangkat Kehormat dan Bersekutu RELA kepada Pemimpin Muda Kesatria Muda Keselamatan (KMK) bagi EXCO Puteri UMNO di sini sebentar tadi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata langkah itu bagi memastikan anggota RELA serius dalam melaksanakan tugas sebagai barisan kedua pertahanan selepas polis dan tentera.

-Berita Harian-

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Polis, masyarakat berpisah tiada