Adenan Satem Angkat Sumpah Sebagai Ketua Menteri Susulan Kemenangan BN

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak Tan Sri Adenan Satem semalam mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri selepas BN kembali berkuasa mentadbir negeri ini untuk penggal ke-11 berturut-turut.

Adenan mengangkat sumpah jawatannya itu di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri di sini.


BN memenangi 72 daripada 82 kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11).

Turut hadir pada majlis angkat sumpah itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pemimpin parti komponen BN Sarawak.

Ini adalah kali pertama Adenan mengetuai BN pada pilihan raya negeri Sarawak.

Pada PRN-11 kali ini, Adenan mempertahankan kerusi Tanjong Datu untuk penggal ke-10 selepas menewaskan Jazolkipli Numan daripada PKR dengan majoriti 5,892 undi.

-BERNAMA-

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Polis, masyarakat berpisah tiada