100 Migran Syria Tiba Minggu Depan

Kumpulan kedua membabitkan 100 migran Syria daripada 24 keluarga akan dibawa ke Malaysia pada 28 Mei ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ketika ini mereka berada di Kem Pelarian Syria di Lembah Bekka, Lubnan dan dijangka tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang, menerusi pesawat sewa khas kira-kira jam 10 pagi, Sabtu depan.

"Lima pegawai kanan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri akan berlepas ke Beirut dalam masa terdekat bagi melakukan tapisan keselamatan serta kesihatan sebelum membawa masuk migran terbabit.

"Kita akan pastikan mereka yang dibawa masuk adalah kumpulan profesional. Sebaik tiba, mereka akan ditempatkan di penempatan sementara di Setia Alam, Shah Alam, Selangor," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat Duta Besar Lubnan ke Malaysia, Ali Daher dan pelancaran Tabung Kemanusiaan Program Penempatan Sementara Migran Syria di sini, petang ini.

Ahmad Zahid berkata, migran terbabit yang tidak mempunyai pasport antarabangsa, tidak akan diberi pasport Malaysia sebaliknya hanya dokumen perjalanan kecemasan.

-Berita Harian-

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Polis, masyarakat berpisah tiada