Ahmad Zahid Ziarah Pusara Anggota Parlimen Kuala Kangsar

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari Ahad meluangkan masa menziarahi pusara bekas anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad di Makam Diraja Bukit Chandan di sini.

Turut sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; balu Wan Mohammad Khair-il Anuar, Datin Mastura Yazid; dan empat anak bekas anggota Parlimen itu.

Zahid dan tetamu kemudian mengaminkan doa yang dibaca imam Masjid Ubudiah Mohd Helmi Ibrahim.

Terdahulu, ketibaaan Ahmad Zahid pada 4.45 petang disambut beberapa pemimpin UMNO sebelum mereka menunaikan solat Asar di masjid berkenaan.

Wan Mohammad Khair-il Anuar terbunuh dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Sementara itu, Mastura merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam pencarian dan pengurusan jenazah arwah suaminya.

"Saya juga mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pemimpin kerajaan negeri Sarawak dan Perak di atas segala bantuan," katanya.

-BERNAMA-

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Polis, masyarakat berpisah tiada