Rakyat Dapat Lebih Manfaat Daripada Keistimewaan Adenan

Rakyat Sarawak akan mendapat lebih manfaat daripada keistimewaan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, yang merupakan pemimpin luar biasa dan memahami keperluan serta kehendak mereka.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penduduk Sarawak beruntung kerana dianugerahkan Adenan sebagai Ketua Menteri, walaupun hanya dua tahun memegang jawatan itu, telah melakukan banyak usaha untuk kepentingan negeri dan rakyat.

"Melalui kepimpinan beliau, dalam masa hanya dua tahun, beliau melakukan 53 transformasi dengan pelbagai elemen. Ini pemimpin sungguh luar biasa.

"Beliau hanya mahu satu penggal lagi. Ini menunjukkan beliau pemimpin ikhlas yang mahu bawa kemajuan dan pembangunan di Sarawak. Pemimpin seperti inilah yang perlu didukung oleh rakyat," katanya semasa merasmikan Sekolah Menengah Kebangsaan Beladin, dekat sini hari ini.

"Beliau cukup memahami, cukup faham denyut nadi rakyat. Beliau ketepikan perbezaan agama dan bangsa. Rakyat Sarawak beruntung ada ketua menteri seperti beliau," katanya yang mengenali Adenan sejak 29 tahun lepas.

Terdahulu, Ahmad Zahid merasmikan Majlis Mesra Bersama Rela di Dewan Sukan Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, dekat sini.

-BERNAMA-

Popular posts from this blog

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada