Tawan Semula Kawasan Bermasalah - Zahid

BUKIT TINGGI - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa akar umbi memperkuatkan jentera parti untuk menawan semula kerusi yang dirampas pembangkang.

Naib Presiden UMNO yang kini menjalankan tugas timbalan presiden mahu parti keramat orang Melayu dan Barisan Nasional (BN) kekal dengan DNA yang sekian lama menjadi garis panduan serta asas perjuangan.


Katanya, jika dari akar umbi hingga ke Majlis Tertinggi tidak hilang fokus, maka misi untuk menebus kekecewaan dapat direalisasikan.

"Kita perlu mempunyai senarai semak dan strategi untuk memenangi semula kawasan yang jatuh di tangan pembangkang. Insya-Allah, kita boleh lakukan.

"Gendang sudah dipalu, rapatkan barisan dalam parti dan pastikan segala tindakan berlandaskan tatasusila dan kebijaksanaan. Kita ada harapan untuk mengekalkan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

"Mesti ingat, DNA UMNO dan BN harus dipertahankan daripada dipengaruhi anasir luar yang mahu melihat parti ini jatuh tersungkur," katanya ketika berucap di hadapan lebih 1,000 tetamu pada Majlis Makan Malam sempena pertandingan golf AZH.

-Berita Harian

Popular posts from this blog

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada