Perhimpunan UMNO Fokus Wala', Institusi Presiden Dan TN50 - TPM Zahid

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung UMNO 2016 menampilkan kelainan dengan memfokuskan kepada hal berhubung wala', insitusi presiden dan Transformasi Nasional 2050 (TN50), kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid, yang menjalankan tugas timbalan presiden parti, berkata pandangan itu berdasarkan pemerhatian beliau sendiri, malahan turut diakui pengamal media dan pemerhati luar.


"Dalam aspek wala', setiap pemimpin mempunyai ujian tersendiri dan yang berjaya semestinya mempunyai daya tahan untuk menghadapi ribut politik dan terus taat kepada parti," katanya dalam ucapan pada jamuan malam bersama Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bersempena Perhimpunan Agung Umno 2016 di sini, malam ini.

Hadir sama Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Hamzah Zainudin, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, serta hampir 1,000 tetamu.

Ahmad Zahid yang juga timbalan perdana menteri turut menegaskan prinsip kesetiaan untuk mempertahankan institusi presiden juga akan membentuk kebersamaan yang menyumbang kepada kekuatan organisasi.

Turut disentuh Ahmad Zahid dalam ucapannya adalah TN50 yang diberi tumpuan dalam perhimpunan kali ini sebagai tanda keprihatinan kepimpinan masa kini terhadap masa depan generasi akan datang.

"Saya berharap Ketua Pemuda dan Puteri UMNO Perak akan bertemu dengan pemimpin pelajar untuk mendengar pendapat mereka apa yang dikehendaki untuk 30 tahun akan datang kerana mereka sahaja yang memahami apa yang dimahukan," kata beliau.

Perhimpunan Agung UMNO 2016 berlangsung selama lima hari bermula Selasa akan berakhir esok.

-BERNAMA

Popular posts from this blog

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada