Pasukan Petugas ATIPSOM Ditubuhkan Tahun Depan

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju dengan cadangan penubuhan Pasukan Petugas Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) dengan kerjasama Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) pada tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata keputusan bagi memperkasakan siasatan dan penguatkuasaan Akta ATIPSOM 2007 itu dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi (HLC) Majlis ATIPSOM (MAPO) Bilangan 2 Tahun 2016, yang dipengerusikan beliau di sini, semalam


Katanya, pasukan petugas itu akan dikendalikan sepenuhnya oleh agensi penguatkuasa Malaysia, termasuk wakil Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Imigresen, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Antara objektifnya adalah bagi mempertingkatkan kerjasama antara agensi, mengenai pasti sasaran utama pemerdagangan orang, membangunkan pangka-lan data pemerdagangan orang dan memperhebatkan kerjasama antarabangsa, terutamanya dengan organisasi antarabangsa di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

-Berita Harian

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi