5 perkara dibincang bersama Thailand esok - Zahid

BANGKOK - Isu mengenai perbuatan penjenayah Malaysia menyembunyikan diri di Thailand antara perkara utama yang akan dibincang oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama rakan sejawatnya dalam pertemuan mereka di sini, esok.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menegaskan, mereka melarikan diri sejak Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) diperkenalkan serta kerajaan mengisytiharkan Operasi Cantas 2.0.


Katanya, isu lain yang turut dibincangkan ialah keganasan rentas sempadan dan penubuhan Agensi Kawalan Sempadan yang menggantikan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP).

“Perkara lain ialah kegiatan penyeludupan manusia dan penglibatan rakyat Thailand dalam penyeludupan dadah.

“Lima perkara ini akan saya bincangkan dalam mesyuarat dua hala esok bersama rakan sejawat, “ katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

-UTUSAN ONLINE

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Polis, masyarakat berpisah tiada