KDN sedia kongsi maklumat dengan wakil asing

PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan sedia berkongsi maklumat berhubung keselamatan negara dengan ketua perwakilan asing di Malaysia secara berterusan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan berusaha menyalurkan maklumat semasa bagi mengelak kerajaan dituduh cuba menyembunyikan fakta sebenar.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata tindakan itu tidak bermakna kerajaan bertanggungjawab kepada mereka tetapi atas dasar hubungan diplomatik, kerajaan perlu memaklumkan perkembangan terkini keselamatan negara.

"Mereka tidak hanya boleh bergantung pada media kerana ada media yang cuba mensensasikan maklumat," katanya pada sidang media selepas Taklimat Khas Keselamatan Dalam Negara Kepada Ketua-Ketua Perwakilan Asing di Malaysia di sini, hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed bertindak selalu moderator dalam sesi taklimat yang turut disertai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan dan Perundangan), Datuk Law Hong Soon dan Ketua Penolong Pengarah (Anti Keganasan), Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Timbalan Perdana Menteri turut meminta rakyat supaya mengambil serius ancaman Militan IS dan tidak melihatnya sebagai gimik politik atau cubaan kerajaan untuk mengalihkan isu semasa.

"Kerajaan tidak ada agenda tersembunyi, kami beritahu rakyat kedudukan sebenar dan kami tidak mahu mana-mana individu menjadi mangsa," katanya.

Mengulas cubaan serangan Marina Bay di Singapura, Ahmad Zahid berkata Malaysia turut terbabit dalam pertukaran maklumat bersama Singapura dan Indonesia bagi menghalang rancangan itu.

-Berita Harian

Popular posts from this blog

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada