Zahid mulakan lawatan kerja dua hari ke Bangkok

BANGKOK - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini bagi memulakan lawatan kerja dua hari.

Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang pada pukul 4 waktu tempatan disambut Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Nazirah Hussain dan para pegawai kedutaan.


Ahmad Zahid kemudiannya dibawa ke Hotel Shangri-La untuk menghadiri mesyuarat pramajlis yang turut dihadiri Nazirah, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan Dua Hala Kementerian Luar, Datuk Muhammad Shahrul Ikram Yaakob.

Ahmad Zahid dijadual mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Jeneral Prawit Wongsuwan serta Timbalan Perdana Menteri, Wissanu Krea-ngam.

Terdahulu, Pejabat Timbalan Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, lawatan kerja itu akan menyumbang kepada pengukuhan kerjasama dua hala di antara Malaysia dan Thailand dalam pelbagai bidang terutamanya bidang keselamatan, perdagangan dan pelaburan serta hubungan di antara rakyat kedua-dua negara untuk kebaikan bersama.

-UTUSAN ONLINE

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Polis, masyarakat berpisah tiada