Malaysia Dan Sri Lanka Nikmati Hubungan Rapat - Ahmad Zahid

COLOMBO (SRI LANKA) - Malaysia dan Sri Lanka menikmati hubungan yang rapat terutama dari segi diplomatik dan budaya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bercakap pada majlis makan malam dengan Diaspora Malaysia di Sri Lanka dan kumpulan-kumpulan yang menjadi rakan Malaysia di sini malam tadi, Ahmad Zahid berkata lawatan dua hari beliau ke negara pulau republik itu, walaupun singkat, adalah penting.

Beliau berkata tahun depan akan menandakan ulang tahun ke-60 terjalinnya hubungan diplomatik antara Malaysia dan Sri Lanka.

Timbalan Perdana Menteri berkata kira-kira 13,000 warga Sri Lanka mengunjungi Malaysia tahun ini.

"Saya berharap lebih ramai warga Sri Lanka melawat Malaysia...kami mempunyai banyak tarikan," katanya pada majlis itu, yang turut dihadiri isteri beliau Datin Seri Hamidah Khamis.

Kira-kira 200 orang hadir pada majlis yang diadakan di sebuah hotel di sini.

Ahmad Zahid juga menggesa pelabur dari Sri Lanka untuk meneroka peluang di Malaysia.

"Pelabur dari Sri Lanka juga harus mempertimbangkan untuk melabur di Malaysia kerana kami menawarkan pelbagai insentif," tambah beliau lagi.

Timbalan Perdana Menteri tiba di sini awal pagi semalam sempena lawatan kerja bagi meningkatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

-BERNAMA

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi