TPM Hadiri Majlis Rumah Terbuka Menteri Sabah, Persekutuan Di Tuaran

TUARAN - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meluangkan masa menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Hajiji Mohd Noor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan yang dihoskan secara bersama.

Beliau, yang diiringi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, meluangkan masa kira-kira 45 minit sebelum menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Pembantu Menteri Kewangan Negeri Datuk Ramlee Marahaban di Putatan.

Majlis itu, yang diadakan di Dewan Seri Sulaman di sini, turut disiarkan secara langsung di rangkaian radio Sabah FM menerusi rancangan 'Fiesta Lebaran' yang diterbitkan oleh Jali Jambul.

Diacarakan oleh pengacara majlis terkenal Sabah Datuk Gan Poh Tiau bersama juruhebah RTM Sabah Ramhanizan Jahamin atau lebih dikenali sebagai DJ Hani, majlis itu diserikan dengan persembahan artis terkemuka tanah air dan tempatan.

Antaranya Datuk Jamal Abdillah, Adibah Noor, Siti Nordiana, Rafdin Mensing (Dino Menara), Azariah Suaymi (Azza AF), Ebi Kornelis dan artis popular Sabah, Clarice John Matha.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut menyampaikan duit raya, yang disumbangkan oleh UMNO Bahagian Tuaran, kepada 15 anak yatim di sekitar Tuaran.

Kira-kira 5,000 pengunjung menghadiri majlis itu.

-BERNAMA

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi