TPM umum percepat naik taraf IPD Kinabatangan

KINABATANGAN - Timbalan Perdana Menteri berkata, kerja menambah baik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan akan dipercepatkan menerusi pelan pusingan kedua Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11).

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, peruntukan bagi melaksanakan pembaikan itu sudah dimasukkan dalam pelan pusingan ketiga, namun akan dipercepatkan.


"Apabila Ketua Polis Daerah memberitahu saya IPD dalam keadaan yang agak daif, saya berbincang dengan Ketua Menteri (Datuk Seri Musa Aman) dan Ahli Parlimen Kinabatangan (Datuk Bung Moktar Radin)... (kerja menambah baik) awalkan kepada RP2 (pelan pusingan).

"Saya dan Ketua Menteri akan datang balik untuk menyaksikan majlis pecah tanah," katanya berucap ketika lawatan ke IPD Kinabatangan, semalam.

Yang turut hadir Musa; Bung Moktar; Komander Briged Sabah PGA, Senior Asisten Komisioner Zanuddian Samsu Hadi dan Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat.

Dalam lawatan itu, Timbalan Perdana Menteri memeriksa kawalan kehormat anggota polis, sebelum menyampaikan sumbangan RM20,000 kepada Persatuan Keluarga Polis IPD Kinabatangan untuk menjalankan pelbagai aktiviti.

-Berita Harian

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi