Ahmad Zahid Tiba Di Kuching Untuk Lawatan Kerja



Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini, semalam untuk lawatan kerja dua hari.

Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, timbalannya Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang, menteri-menteri kabinet negeri dan para pemimpin masyarakat tempatan serta orang kenamaan.



Selepas itu, Ahmad Zahid diraikan dengan majlis memotong kek sempena ulang tahun kelahirannya.

Esok, beliau dijadualkan melawat empangan rendah di sini sebelum mendengar taklimat banjir Jawatankluasa Pengurusan Bencana Negeri di Wisma Bapa Malaysia.

Beberapa tempat di sekitar bahagian Kuching, Samarahan dan Serian mengalami banjir kilat ekoran hujan lebat pada 31 Dis lepas.

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Polis, masyarakat berpisah tiada