Jangan fitnah besan saya, kepada pihak-pihak yang melakukan FITNAH YG SANGAT KEJAM kepada besansaya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, saya berdoa kepada Allah SWT semoga dosa besar mereka mendapatkan keampunan. Saya berharap dengan perkahwinan anak dari dua bangsa Melayu serumpun ini akan dapat member manfaat yang sebesar-besarnya bagi kedua Negara. Ameen YRA. DATO’ SRI CHAIRUL ANHAR PRESS RELEASE Kenyataan media berhubung tuduhan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menggunakan dana awam berkaitan resepsi a nak di Jakarta Kesempatan ini saya Dato’ Sri Chairul Anhar ingin menjelaskan beberapa perkara berbangkit berhubung salah faham di Malaysia beberapa hari ini. 1. Resepsi di Ritz Carlton Jakarta pada 19 September 2015 adalah bagi pihak anak perempuan saya, sedangkan resepsi bagi pihak anak lelaki Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dibuat pada 27 September 2015 di Kuala Lumpur. 2. Resepsi tersebut tentu 100% dilakukan saya sebaga...
Sektor pekerjaan 3D iaitu bahaya, kotor dan sukar perlu ditransformasi daripada segi skim gaji dan persekitaran pekerjaan bagi menarik lebih ramai belia tempatan menceburi pekerjaan dalam bidang berkenaan. Stigma dan presepsi umum juga perlu diubah untuk memastikan rakyat tempatan dapat menyumbang tenaga dalam sektor 3D, tanpa perlu terlalu bergantung kepada pekerja asing, demikian menurut beberapa pihak berkepentingan.
BAGAN DATUK - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan berhubung ugutan bunuh yang diterima seorang pembantu petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Sembilan pada penamaan calon, 28 April lalu. Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu tidak boleh dipandang ringan dan tidak boleh dikompromi lebih-lebih lagi ugutan itu membabitkan petugas SPR yang bertanggungjawab melaksanakan sistem demokrasi. "Saya telah menyatakan kita tidak boleh berkompromi jika erti menterjemah demokrasi ini dilakukan dengan cara kekasaran apatah lagi ugutan bunuh (terhadap) pegawai SPR kerana mereka adalah pegawai awam. "Mereka (pegawai SPR) hendaklah diberikan kepercayaan sepenuhnya untuk melaksanakan tugas mengikut Akta SPR dan Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada pemberita selepas Program Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kampung Sungai Sumun dekat Hutan Melintang di sini. Ahmad Zahid, yang...