Malaysia Kutuk Serangan Bom Di Jakarta

Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom di Jakarta, Indonesia hari ini yang mengorbankan nyawa beberapa orang yang tidak berdosa.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perbuatan keji itu harus dikutuk oleh masyarakat antarabangsa.
"Malaysia, sebagai jiran Indonesia, ingin mezahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada keluarga mereka yang terkorban dan cedera dalam serangan bom hari ini di Jakarta," katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut laporan media, sekurang-kurangnya enam orang termasuk tiga anggota polis terbunuh manakala beberapa yang lain cedera dalam siri letupan di kawasan berhampiran sebuah pusat beli-belah di Jakarta.

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Polis, masyarakat berpisah tiada