TPM tiba di Sibu untuk lawatan kerja dua hari



Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Lapangan Terbang Sibu, di sini, jam 8.30 malam semalam, untuk mengadakan lawatan kerja dua hari, di bandar itu.



Ketibaan beliau disambut Menteri Kewangan II Sarawak, Datuk Wong Soon Koh dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohd Morshidi Abdul Ghani.
Turut mengiringi Timbalan Perdana Menteri ialah Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Esok, Ahmad Zahid akan buat lawatan kerja dan meninjau kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Sibu di Lanang pada jam 8.45 pagi.

Ia disusuli majlis Sambutan Hari Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ke-44 Peringkat Kebangsaan Tahun 2016 Dewan Suarah, Sibu, pada jam 11.15 pagi.
Selepas makan tengah hari, beliau dijadual menyempurnakan Majlis Penutupan Program Siswa Komuniti Sarawak (SKS) Rumah Panjang Bungan, pada jam 2 petang.

Pada sebelah malamnya pula, beliau akan menghadiri Majlis Makan Malam dan Perjumpaan bersama Pemimpin-Pemimpin Tempatan di Hotel Kingwood, Sibu, pada jam 7.45 malam.

Program lawatan beliau diteruskan pada Ahad dengan mengadakan tinjauan mesra di Pasar Sentral Sibu pada jam 8.15 pagi.

Pada jam 10.15 pagi pula, beliau dijadual mengadakan lawatan rasmi ke sekitar Universiti Kolej Teknologi Sarawak sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada jam 12 tengah hari.

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Polis, masyarakat berpisah tiada