TPM rasmi FAO di Melaka


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Freeport A'Famosa Outlet (FAO), dekat sini, pada jam 9.05 pagi tadi bagi merasmikan pusat beli-belah itu.

Ketibaan Timbalan Perdana Menteri disambut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron; Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin; barisan EXCO kerajaan negeri dan Pengarah Komersial Peruncit Freeport, Chris Miliken.

Lebih 2,000 tetamu dan jemputan hadir pada majlis yang turut diserikan dengan persembahan tarian singa.

FAO yang berkeluasan 310,000 kaki persegi menawarkan lebih 60 kedai barangan berjenama serta fesyen terkini kepada pengunjung seperti pakaian kanak-kanak, barangan sukan, kasut, beg, peralatan optikal, aksesori, makanan, minuman, produk kecantikan dan wangian.

Pusat beli-belah secara terbuka yang mengetengahkan konsep seni bina bertemakan warisan Belanda dan Melaka itu terletak berhampiran Plaza Tol Alor Gajah di Lebuh Raya Utara Selatan.

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Polis, masyarakat berpisah tiada