Kemudahan Kem Batalion 10 PGA dinaik taraf

Kemudahan asas termasuk kuarters kediaman anggota di Batalion 10 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kem Lanang di sini, perlu dipertingkat berikutan keadaannya yang semakin usang, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pencapaian pasukan berkenaan diiktiraf antara Batalion PGA terbaik negara, namun kemudahan di kem yang dibina pada tahun 1968 dengan sebahagian besar struktur daripada kayu itu amat menyedihkan.

"Keadaan kem ini amat teruk. Sebelum ini saya hanya mendengar taklimat mengenainya ketika berkunjung ke Kuching dan Sibu tetapi hari ini saya melihat sendiri keadaannya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, turut mengumumkan peruntukan RM100,000 untuk menaik taraf surau dan RM100,000 bagi menaik taraf gereja dalam kem berkenaan.

Beliau berkata, lebih banyak peruntukan akan disalurkan untuk menaik taraf kemudahan dalam kem berusia 47 tahun itu.

Popular posts from this blog

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada