Dilema Anak Muda Tak Mahu Dianggap Setaraf Mat Bangla

“Bangla pun ada cuti”, itu adalah antara ayat gurauan anak-anak muda negara ini apabila merujuk kepada rakan mereka yang tidak dapat bercuti atau terlalu sibuk dengan kerja.

Walaupun ia hanya ungkapan gurauan namun seperti meletakkan satu ‘level’ kepada pekerja asing. Persoalannya adalah sama ada ‘level’ mereka lebih tinggi atau rendah pada pandangan anak muda masa kini.


Apa yang pasti sudah tentu secara lantang mereka akan rasa ‘terbangsat’ apabila dikatakan setaraf dengan warga asing yang membuat kerja berat di negara ini. Setidak-tidaknya mereka mahu menjadi ‘supervisor‘ kepada pekerja asing dan boleh digelar ‘boss‘.

Setelah sensasinya berita akan ada kemasukan pekerja asing warga Bangladesh kebelakangan ini baru lah nampak ‘kelibat’ anak muda yang menonjolkan diri untuk membela nasib orang kita. Nampak memang sesuatu yang positif tetapi sebelum ini anda buat apa?

Kalau ada pun anak muda yang membuat kerja berat sambil beramal, ia diketahui setelah diviralkan dalam Facebook. Mahu dilihat juga dikawasan perladangan yang penuh dengan nyamuk, kawasan pembinaan yang sangat berisiko atau kawasan pembuangan sampah yang busuk? Ini yang dikatakan sebagai perkerjaan 3D (Dificult, Dangerous & Dirty).

Tidak perlu diperincikan setiap pekerjaan melibatkan 3D itu, tetapi kalau pun ada anak muda yang sanggup membuat pekerjaan termasuk dalam kategori 3D itu sudah tentu telah menjadi viral. Katakan seorang dua sahaja yang menjadi viral lalu boleh jadi beratus ribu netizen membuat pembelaan bahawa rakyat Malaysia tidak malas.

Jadi kemana pergi lagi berjuta anak muda yang sanggup membuat kerja sedemikian untuk diviralkan? Mungkin mereka sedang sibuk menekan butang share dan menjadi pakar sumber manusia. Nampaknya ramai yang sedang menjadi pembela nasib tetapi tidak mengetahui hakikat.

Tahniah kepada anak muda yang sudah ada kerjaya dan berasa diri bertanggungjawab. Tugas membela sepatutnya memberi penerangan tentang perlunya kudrat anak muda kita sendiri sebagai modal insan negara. Pada masa sama memberi semangat untuk mencekalkan diri dengan cabaran tugasan dan bukan hanya tahu menyalahkan orang lain.

- POST METRO -

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi