Semoga Tahun Baharu Cina Terus Pererat Perpaduan Rakyat

Sempena sambutan Tahun Baharu Cina Isnin ini Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melahirkan harapan agar jalinan perpaduan di antara rakyat menjadi lebih erat.

Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata ini dapat dicapai meskipun wujud perbezaan agama dan budaya, tetapi rakyat tetap sehati sejiwa.


"Saya yakin sambutan tahun ini lebih meriah dengan tarian naga atau singa dan bunyian mercun yang mewarnai akar budaya bangsa Malaysia.

"Semoga Tahun Baharu Cina yang disambut pada Isnin ini (8 Feb) menjadi detik permulaan penentu nasib yang baik dalam menjalani kehidupan di masa hadapan," katanya.

Beliau mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Tionghua.


- BERNAMA -

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi