Lawatan TPM ke China rungkai kekeliruan

Lawatan kerja empat hari Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berjaya menyelesaikan kekeliruan berhubung pelaksanaan sistem visa elektronik, E-visa dan pengecualian visa pengunjung China.

Kejayaan yang dicapai dalam tempoh singkat itu adalah hasil keakraban Malaysia-China yang disifatkan Timbalan Perdana Menteri sebagai 'hubungan luar biasa'.

"Ia adalah tindakan susulan segera atas hasrat untuk menzahirkan perkara yang dijadikan mauduk utama Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak), terutama untuk merealisasikan kehadiran lapan juta pelancong China, bermula awal tahun ini.

"Saya sedar Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen mempunyai beberapa kekangan bagi melaksanakan apa yang dipersetujui di peringkat atasan.

"Lawatan kerja saya ini untuk membantu melicinkan beberapa perkara berkaitan pentadbiran, terutama kelulusan khas pelaksanaan pengecualian visa, visa percuma dan E-visa," katanya kepada wartawan Malaysia sebelum mengakhiri lawatan kerja empat hari di sini, sebentar tadi.

- BH-

Popular posts from this blog

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada