Umno Bahagian Pulai Buat Laporan Polis Terhadap Wanita Hina TPM

JOHOR BAHARU, 24 Feb- Umno Bahagian Pulai membuat laporan polis terhadap seorang wanita yang didakwa menghina Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui statusnya dalam Facebook.

Naib Ketua Puteri Umno Bahagian Pulai Noraini Mohd Ali berkata laporan itu dibuat di Balai Polis Skudai kira-kira 3.15 petang Rabu.



Beliau berkata laporan itu dibuat sebagai peringatan kepada mana-mana pihak agar tidak menyalahgunakan media massa untuk menfitnah dan menghina kepimpinan atasan.

Semalam, pemilik akaun Facebook bernama Doris Jones telah memuat naik status seolah-olah menyamakan Ahmad Zahid sebagai seekor anjing.

Tindakan wanita itu kemudian mendapat kritikan hebat daripada pelbagai pihak.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara ACP Mohd Taib Ahmad mengesahkan ada menerima laporan polis daripada Umno Bahagian Pulai.   -BERNAMA-

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi