Zahid Minta Rakyat Sarawak Terus Kukuhkan Perpaduan, Keharmonian Kaum

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta rakyat Sarawak untuk terus mengukuhkan perpaduan dan keharmonian kaum yang sedia terjalin dalam kalangan mereka.

 "Walaupun negeri ini ramai masyarakat majmuk, namun perpaduan, keharmonian dan toleransi adalah yang terbaik di negara ini.

"Ia perlu dikekalkan dan diperkukuh supaya kerajaan boleh memberi tumpuan kepada agenda pembangunan bagi memperluas kemajuan dan kemakmuran," katanya semasa berucap pada Program PascaBanjir Jabatan Pertahanan Awam Post di Kampung Endap di sini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Pembangunan Tanah Sarawak Tan Sri Dr James Jemut Masing yang mewakili Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Ahmad Zahid berkata dengan kurangnya konflik atau masalah dalaman, ia Sementara itu, beliau berkata Sarawak amat bertuah kerana mempunyai ketua menteri yang komited dalam menyediakan kepimpinan yang cemerlang dan menumpukan perhatian kepada rakyat.

"Beliau perlu dikekalkan untuk menerajui kerajaan negeri. Menjelangnya pilihan raya negeri, semua rakyat Sarawak perlulah bersatu teguh di belakang beliau dan memberi Barisan Nasional mandat terbesar," katanya.

Mengenai kekerapan lawatannya ke negeri ini, Ahamd Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata ia merupakan manifestasi hubungan yang utuh dan mesra antara negeri dan Persekutuan.

Beliau juga bersetuju bahawa kerajaan masih perlu melaksanakan lebih banyak pembangunan dan mengutamakan kebajikan rakyat, terutama semasa menghadapi sebarang bencana.

Pada majlis itu, beliau menerima empat buah bot bagi pihak Jabatan Pertahanan Awam, untuk membantu operasi bantuan dan menyelamat ketika banjir.

Beliau turut menyampaikan wang ihsan kepada 77 keluarga dari lima kampung yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.


-BERNAMA-

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi