TPM lawat Sarawak 2 hari mulai esok

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, akan melakukan lawatan kerja dua hari ke negeri ini mulai esok.

Beliau dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada jam 9.45 pagi dan lawatan dimulakan dengan menghadiri Majlis Mesra Anggota Tentera Bersama Timbalan Perdana Menteri di Kem Muara Tuang, Kota Samarahan pada jam 10.15 pagi.


Selesai menunaikan solat Jumaat di kem berkenaan, beliau akan menyempurnakan Program Pasca Banjir Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di Kampung Endap, Samarahan pada jam 1.50 tengah hari.

Pada jam 4.15 petang, beliau dijadual menghadiri majlis Tahun Baharu Cina di kediaman Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Prof Datuk Dr Sim Kui Hian di sini sebelum ke kediaman ahli perniagaan, Datuk Henry Lau.

Jadual lawatan Ahmad Zahid diteruskan keesokannya dengan merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Hotel Imperial Kuching, disusuli majlis Tahun Baharu Cina anjuran Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

Timbalan Perdana Menteri dijadual merasmikan Sambutan Hari Penjara ke-30 tahun peringkat kebangsaan di Padang Merdeka pada jam 2 petang.

Ahmad Zahid yang melawat negeri ini setiap bulan sejak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada penghujung Julai tahun lalu, dijadualkan berlepas balik ke Kuala Lumpur pada jam 4.15 petang.

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi