Beri masa kepada Ahmad Bashah majukan Kedah

Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan membolehkan lebih peruntukan disalurkan kepada pentadbiran Kedah yang kini diterajui Menteri Besarnya yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri meminta rakyat membantu Ahmad Bashah yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-12, menjalankan tugas bagi membangunkan lagi negeri itu.

"Secara peribadi, (Ahmad Bashah) boleh bisik kepada PM (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) untuk bantu bangunkan Kedah," katanya kepada wartawan Malaysia sebelum mengakhiri lawatan kerja empat hari di sini, sebentar tadi.

Ahmad Zahid berkata, walaupun kelayakan pendidikan Ahmad Bashah agak rendah berbanding keperluan yang tinggi, penduduk harus melihat dari sudut positif yang ada pada beliau dalam pentadbiran di peringkat Pusat.

Katanya, Ahmad Bashah yang dikenalinya sejak 1987 pernah menjadi Timbalan Menteri dan terbabit lebih 35 tahun dalam arena politik.

"Ahli politik tak harus dilihat pencapaian akademik semata-mata tetapi perlu melihat latar belakang lain.

"Jangan hina dan merendahkan. Berikan peluang. alau kita cari kesalahan, kita tak akan temui kebenaran.
Kalau kebenaran yang kita cari, aspek positif perlu diberi kepentingan," katanya.

Beliau berkata, Ahmad Bashah perlu diberi masa 100 hari bagi beliau mencorakkan bentuk pemerintahan kerajaan negeri pimpinannya.

-BH

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi