Pekerja Bangladesh: Najib akan bincang dengan Zahid

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan membincangkan cadangan kontroversi membawa masuk 1.5 juta pekerja dari Bangladesh bersama timbalannya.

"Beri peluang saya berbincang dengan Datuk Seri Ahmad Zahid sejurus pulang," katanya kepada pemberita di akhir lawatan enam harinya ke California.

"Kita perlu pastikan apa juga tindakan yang diambil akan mengisi keperluan ekonomi. Beberapa sektor ekonomi memerlukan pekerja seperti industri perladangan.

"Pada masa sama, kita perlu mengurangkan kebimbangan terhadap kemungkinan timbulnya masalah sosial susulan kemasukan pekerja asing dalam jumlah yang besar," katanya.

-Berita Harian-

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi