Kempen besar-besaran perangi dadah tahun ini

LAWAS: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebentar tadi mengumumkan tahun ini sebagai kempen besar-besaran untuk memerangi jenayah berkaitan dadah.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ia berikutan peningkatan jumlah penagih dadah berdaftar seramai 26,660 orang pada tahun lalu, menjadikan keseluruhan 282,660 penagih direkodkan seluruh negara ketika ini.


Ahmad Zahid berkata, peningkatan golongan muda termasuk murid sekolah dengan paling muda berumur tujuh tahun yang dikesan menjadi penagih dadah pada tahun lalu, memerlukan langkah baharu lebih berkesan bagi memerangi gejala itu.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Anti Dadah Kebangsaan 2016 di Taman Awam Lawas, di sini, sebentar tadi.

-Berita Harian-

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi