TPM Makan Tengah Hari Bersama Badan Perhubungan UMNO Johor

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menghadiri majlis makan tengah hari tertutup bersama Badan Perhubungan UMNO Johor.

Naib Presiden UMNO itu tiba pada kira-kira 1.00 tengah hari di majlis diadakan di Hotel Puteri Pacific, di sini, dengan diiringi Menteri Besar Johor yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.


Turut hadir, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor Md Jais Sarday.

Majlis makan itu berlangsung kira-kira sejam sebelum Ahmad Zahid dijadual menghadiri pertemuan tertutup bersama Badan Perhubungan UMNO Johor pada kira-kira 2.00 petang, di hotel yang sama.

Beliau kemudian dijadual menghadiri majlis perjumpaan khas UMNO Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini, pada 3.00 petang.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut mengadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, di Istana Pasir Pelangi, di sini, kira-kira 11.15 pagi.

- BERNAMA -

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi