MEF Harap Penangguhan Pengambilan Pekerja Asing Tidak Bebankan Majikan Tempatan

Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) berharap keputusan kerajaan menangguh pengambilan pekerja asing tidak akan melibatkan dan membebankan kebanyakan majikan tempatan yang telahpun mendapat kelulusan untuk membawa rakyat dari negara luar sebagai tenaga kerja di negara ini.

Pengarah Eksekutifnya, Datuk Shamsuddin Bardan berkata mungkin terdapat sesetengah majikan yang telah membuat pembayaran dan mempunyai komitmen tertentu dan keputusan kerajaan ini mungkin akan melambatkan pekerjaan mereka.


"Saya khuatir sekiranya kerajaan serius akan keputusan ini termasuklah menghalang kedatangan pekerja asing dari Bangladesh, ia akan memberikan mesej yang tidak menentu kepada pemain-pemain industri tanahair, di mana mereka mungkin tidak mempunyai kepercayaan yang penuh terhadap kerajaaan," kata beliau kepada Bernama.

Popular posts from this blog

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada