Keputusan Kadar Baharu Levi Pekerja Asing Selepas Chap Goh Mei

Kerajaan akan mengadakan mesyuarat dengan majikan dan pelbagai pihak berkentingan selepas perayaan Chap Goh Mei ini bagi menentukan sama ada mengekalkan atau menaikkan kadar baharu levi pekerja asing.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mesyuarat itu bakal disertai Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) dan persatuan-persatuan yang mewakili majikan dan dewan perniagaan.


"Perbincangan perlu diadakan terlebih dahulu... kita (kerajaan) mendengar dan mengambil perhatian terhadap rungutan mereka," katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Program Karnival Jubli Intan 64 Tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Sungai Sumun di sini.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan bahawa berkuat kuasa pada 1 Feb lepas, levi pekerja asing bagi sektor pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan dinaikkan kepada RM2,500 bagi setyiap pekerja manakala sektor perladangan dan pertanian bertambah kepada RM1,500 seorang.

Penstrukturan semula itu tidak melibatkan levi pembantu rumah warga asing yang kadarnya dikekalkan pada RM410 seorang.

Menurut statistik, terdapat 2.135 juta pekerja asing yang berdaftar di Malaysia.

- BERNAMA -

Popular posts from this blog

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada