Tragedi Bukit Kepong tetap dikenang

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, merakamkan ucapan takziah sebagai mengingati perajurit negara yang terkorban dalam tragedi serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Februari 1950.

"Tragedi Bukit Kepong telah 66 tahun berlalu. Namun, perajurit negara yang terkorban demi pertahankan negara tetap dikenang. Salam takziah, Al-Fatihah," kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menerusi catatan di laman Twitter rasminya, sebentar tadi.


Dalam peristiwa serangan kejam pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, seramai 25 anggota polis bersama isteri dan anak mereka terkorban.

-Berita Harian-

Popular posts from this blog

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada