MT UMNO akan bincang keahlian Muhyiddin, Mukhriz

Kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai ahli UMNO bakal ditentukan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti yang akan datang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa isu keanggotaan Muhyiddin dan Mukhriz dalam parti akan dibincangkan dalam MT nanti.

"Kami akan membincangkan perkara berkenaan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi akan datang," katanya ringkas di Parlimen, di sini hari ini.

Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata ketika diminta mengulas mengenai kehadiran Muhyiddin dan Mukhriz di sebuah forum di Shah Alam, semalam.

Muhyiddin dan Mukhriz antara 18 individu yang berucap dalam majlis berkenaan yang dianjurkan oleh kumpulan yang menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan.

Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, menegaskan bahawa ahli UMNO yang hadir ke majlis berkenaan akan dikenakan tindakan disiplin termasuk dibuang daripada parti.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengetuai kumpulan penganjur ketika berucap dalam majlis itu berkata, tidak semestinya Ahmad Zahid yang akan menggantikan Najib walaupun beliau berstatus Timbalan Perdana Menteri.

Mengulas kenyataan Dr Mahathir itu, Ahmad Zahid dengan berseloroh berkata, "Mungkin dia ingat dia tuhan," katanya.

Popular posts from this blog

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada